NAMA-NAMA AL-QURAN



Al-Quran adalah kitab yang suci lagi mulia dan mempunyai beberapa nama yang masyhur antaranya seperti berikut:

Al-Quran ( القرآن)

Dinamakan dengan al-Quran kerana al-Quran itu suatu kitab yang sering di baca. Firman Allah Taala dalam Surah al-A'raf : ayat 204




" Dan apabila dibacakan al-Quran itu maka dengarlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."


Al-Furqan (الفرقان)

Dinamakan dengan al-Furqan kerana al-Quran itu membezakan antara yang hak (benar) dengan batil (salah). Firmannya Allag Taala dalam surah al-Furqan : ayat 1



Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),
untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.


Al-Kitab (الكتاب)


Dinamakan dengan al-Kitab kerana al-Quran itu dibukukan dalam satu mushaf. Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah : ayat 2



" Inilah al-Kitab (al-Quran) yang tidak ada keraguan padanya sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa."


Al-Dzikr ( الذكر)


Dinamakan dengan al-Dzikr kerana al-Quran itu menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala dalam Surah al-Hijr : ayat 9



" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Dzikr (al-Quran) dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya."


Al-Wahy ( الوحى)


Dinamakan dengan al-Wahy kerana al-Quran itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala. Firman Allah Taala dalam surah al-Anbia' : ayat 45


"Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan al-Wahy (al-Quran) dan tiadalah orang-orang yang tuli itu mendengar seruan apabila mereka diberi peringatan."

ok semua. ini dulu untuk kali ini. untuk pengetahuan semua, terdapat banyak lagi nama-nama bagi al_quran namun nama-nama yang disebutkan di atas antara yang masyhur.......wassalam


😉😉😉😉😉😉

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN AL-QURAN

PENGENALAN Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturun kan kepada Nabi Muhammad SAW melalui per antaraan Jibr...